Bengkel Teknik Menjawab BI PT3

Bengkel Teknik Menjawab BI PT3 


30 September 2017

9.00Am-11.00Am
Bengkel Teknik Menjawab BI PT3 
oleh En. Mohammad Khalid bin Mustaffa (DG48) JU dari SMK Sg. Kertas 




MAJLIS RESTU ILMU

MAJLIS RESTU ILMU



Jumaat, 29 September 2017

SOLAT HAJAT& MAJLIS RESTU ILMU
PT3,SMA,SPM bersama IBUBAPA
6.30PM-11.00PM

Ustaz Zul Hazwan menyampaikan ceramah sempena Majlis Restu Ilmu


 

Kursus Asas Memanah

KURSUS ASAS MEMANAH


20 September 2017, Rabu
Disampaikan oleh: Pengasas SShorses (berkuda dan memanah)

Memanah merupakan salah satu daripada sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W. Bahkan memanah melatih kita untuk menjadi seorang mukmin yang kuat selain menyihatkan badan kita.

عن عُقْبَةَ  بْنَ عَامِرٍ، يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ ‏ "‏ وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا   
 اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ أَلاَ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْىُ أَلاَ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْىُ أَلاَ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْىُ ‏"

Mafhumnya : Daripada 'Utbah bin 'Amir, berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda ketika di atas minbar :
"Bersedialah untuk bertemu mereka dengan apa yang kamu mampu daripada kekuatan. Ketahuilah, Sesungguhnya Kekuatan itu ialah Memanah, Ketahuilah, Sesungguhnya Kekuatan itu ialah Memanah"
[Shahih Muslim]





Penyampaian Sumbangan

PENYAMPAIAN SUMBANGAN 


16 hingga 18 September 2017,

Sekolah Agama Menengah Paya Jaras telah mengadakan suatu lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim di Bandar Acheh dan sebuah Masjid yang sedang dibina di sana bagi menyampaikan sumbangan warga SEMAJU yang telah dikutip.

Semoga Allah membalas orang-orang yang menginfaqkan harta mereka di jalan Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda dan mendatangkan kepada mereka rezeki dari jalan yang tidak disangkai.





Ceramah Aidil Adha

Ceramah Aidil Adha

Anjuran Badan Dakwah dan Rohani SAM Paya Jaras
dan
Pihak Musolla Al-Taqwa


8 September 2017,

Beberapa hari yang lalu, iaitu pada 1 September 2017, umat Muslimin telah menyambut Hari Raya Aidil Adha. 

Oleh itu, pihak sekolah ingin mengambil semangat dari Hari Raya tersebut dan telah menjemput Ustaz Amaluddin bin Mohd Napiah untuk menyampaikan Ceramah Aidil Adha.


Ustaz Amaluddin menyampaikan ceramahnya

Para pelajar SAM Paya Jaras mendengar ceramah yang disampaikan Ustaz Amaluddin

Pandangan atas semasa program berlangsung

HARI RAYA KORBAN

HARI RAYA KORBAN 

bersama 

RAKAN MASJID




1 September 2017, 10 Dzulhijjah 1438 Hijrah

Hari Raya Aidil Adha merupakan salah satu hari raya terpenting kepada umat Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Hari Raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban kerana pada hari tersebut dan Hari-hari Tasyriq ( 11,12,13 Dzulhijjah )  Umat Islam menunaikan ibadah Qurban.

Oleh itu, Pihak Sekolah Agama Menengah Paya Jaras dan beberapa pelajar telah membantu ahli qaryah mereka masing-masing dalam melaksanakan ibadah Qurban ini. semoga Allah menerima amalan kita ini.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال


Ahli Qaryah Surau Darul Mus'ada Taman Paya Jaras Permai