PROGRAM KHALIFAH CILIK 2.0

PROGRAM KHALIFAH CILIK 2.0
Anjuran Group Kelas Tuisyen Fardhu Ain (Alumni SEMAJU)
Dengan Kerjasama Para Pelajar SAM Paya Jaras



28-30 Ogos 2017

Sebagai seorang Muslim, menjadi kewajipan kepada kita untuk mempelajari ilmu fardhu ain sejak dari umur kecil lagi.


Oleh itu, Group Kelas Tuisyen Fardhu Ain dan para pelajar SAM Paya Jaras telah mengambil inisiatif untuk mengajar anak-anak kecil ini mendalami ilmu agama, apatah lagi mereka merupakan para pelajar sekolah agama yang telah diajar dengan ilmu-ilmu agama agar dapat disampaikan kepada masyarakat umum.

Pelajar SAM Paya Jaras (Khusyairi,Usaid dan Hafiz) bergambar bersama 
pihak Group Tuisyen Fardhu Ain

Abang Khusyairi bergambar dengan peserta-peserta Program Khalifah Cilik 2.0

Bergambar bersama peserta Program Khalifah Cilik 2.0

PROGRAM JIWA MURNI : SANTUNI GELANDANGAN

PROGRAM JIWA MURNI :
SANTUNI GELANDANGAN

Anjuran Musolla Al-Taqwa 


29 Ogos 2017

Para pelajar SAM Paya Jaras bersama guru telah mengadakan PROGRAM JIWA MURNI : SANTUNI GELANDANGAN bertempat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk mendidik kesedaran kepada semua bahawa terdapat insan yang lebih memerlukan daripada kita. 

Semoga program ini akan diteruskan agar nilai kemanusiaan tidak pupus daripada hati insan.

Para pelajar dan guru SAM Paya Jaras bergambar bersama penyelia Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Pelajar dan guru SAM Paya Jaras bergambar dihadapan  Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Pelajar dan guru bergambar sebelum memulakan perjalanan ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Menjawab Kuiz Anjuran Musolla At-Taqwa

Kuiz Anjuran Musolla At-Taqwa


25 Ogos 2017

Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Menengah Paya Jaras telah diedarkan dengan helaian kertas yang bertanyakan berkaitan Taman Hijrah Musolla At-Taqwa

pelajar sedang membaca kronologi hijrah untuk mencari jawapan


Pelajar Tingkatan 1 Ibn Sina sedang menjawab soalan-soalan berkaitan Taman Hijrah
 Musolla At-Taqwa

Majlis Tahlil Sekolah

Majlis Tahlil Sekolah

Anjuran Badan Dakwah dan Rohani SAM Paya Jaras
dengan kerjasama
Pihak Musolla At-Taqwa

25 Ogos 2017

Para Pelajar Sekolah Agama Menengah Paya Jaras telah berkumpul di Musolla At-Taqwa dan Dataran Muzdalifah untuk menjayakan majlis bacaan Yassin dan tahlil.

Abang Farhan dari Tingkatan 5 Biruni mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil

Pelajar-Pelajar lelaki Sekolah Agama Menengah Paya Jaras membaca Yassin dan Tahlil di Musolla At-Taqwa

Pelajar-Pelajar perempuan Sekolah Agama Menengah Paya Jaras membaca Yassin dan Tahlil di dataran Muzdalifah

Bacaan Yassin di Surau dan Masjid Tempatan

Bacaan Yassin di Surau dan Masjid Tempatan

Anjuran Musolla At-Taqwa 
dengan kerjasama
Surau dan Masjid Tempatan

24 Ogos 2017

Surau dan masjid merupakan pusat komuniti ummah dan biasa dijadikan tempat untuk menjalinkan hubungan sesama ahli qariah. Antara kebiasaan yang dilakukan di masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia ialah bacaan Yassin dan Tahlil pada malam jumaat.

Oleh itu, beberapa pelajar Sekolah Agama Menengah Paya Jaras telah mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil di masjid dan surau di kawasan mereka. Hal ini dapat melatih mereka untuk berhadapan dengan komuniti pada zaman hadapan In Shaa Allah.




Abang Wan Ahmad Imran dari Kelas 5 Biruni mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil di Masjid Sungai Plong

Abang Luqman Hakim dari kelas 5 Biruni mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil di Surau Makmuriah, Ladang Baru

Ikon Bilal bin Rabbah

Ikon Bilal bin Rabbah

Anjuran Musolla At-Taqwa
dengan kerjasama
Pihak Masjid Sungai Plong

23 Ogos 2017

Sebagaimana kita ketahui, Bilal bin Rabbah merupakan tukang azan pada zaman Rasulullah S.A.W. Oleh itu, Pihak Musolla At-Taqwa telah mengadakan aktiviti Ikon Bilal bin Rabbah untuk melatih anak-anak muda Sekolah Agama Menengah Paya Jaras supaya dapat melaungkan azan yang merupakan syiar kepada agama Islam. Aktiviti ini telah dijayakan dengan kerjasama pihak Masjid Sungai Plong.

Para Pelajar mendengar taklimat

Ustaz Haider, Ustaz Nazri dan pelajar Tingkatan 2 bersama dengan pihak Masjid Sungai Plong



Pelajar Tingkatan 2 melaungkan azan

Majlis Permuafakatan SAM Paya Jaras bersama PERHEBAT

Majlis Permuafakatan

Sekolah Agama Menengah Paya Jaras
bersama
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)


18 Ogos 2017

Pihak Sekolah telah mengadakan Majlis Permuafakatan antara SAM Paya Jaras dan PERHEBAT. pihak PERHEBAT telah banyak membantu pihak sekolah dalam mencantikkan Musolla At-Taqwa dan majlis ini adalah untuk menguatkan lagi hubungan antara kedua-duanya. Majlis ini disaksikan oleh Para Pelajar Tingkatan 4 SAM Paya Jaras



Program Cakna Bahasa Melayu

Program Cakna Bahasa Melayu

Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Gombak
di Musolla At-Taqwa


17 Ogos 2017, 
8:00 a.m. hingga 1:00 p.m.

PPD Gombak telah menganjurkan Program Cakna Bahasa Melayu buat para pelajar Tingkatan 5 Sekolah Agama Menengah Paya Jaras. Semoga para pelajar Tingkatan 5, 2017 cemerlang dalam peperiksan SPM pada tahun ini.


Para Pelajar Tingkatan 5 menyertai Program Cakna Bahasa Melayu anjuran PPD Gombak

Taklimat ICT

Taklimat ICT


17 Ogos 2017

Taklimat ICT oleh Cikgu Hafiz, Guru ICT Sekolah Agama Menengah Paya Jaras



Cikgu Hafiz menyampaikan Taklimat ICT kepada pelajar-pelajar


Program Smart Solat

SMART SOLAT

14 Ogos 2017

Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Agama Menengah Paya Jaras menyertai program Smart Solat yang dianjurkan di Musolla At-Taqwa

Abang Atiff, salah seorang alumni Sekolah Menengah Paya Jaras mengendalikan Program Smart Solat untuk pelajar Tingkatan 1, 2017

Bengkel Penulisan Kaligrafi Khat

Bengkel Penulisan Kaligrafi Khat

Dengan Kerjasama Pihak Musolla At-Taqwa

12 Ogos 2017

Pelajar-pelajar Tingkatan 2 menyertai Bengkel Penulisan Kaligrafi Khat yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Wazli dari Sekolah Agama Menengah Bestari.



Pelajar Tingkatan 2 menulis khat 

Ustazah Noraini menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Khairul Wazli sebagai tanda penghargaan.